Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Uncategorized / TEORI BEKAM TOIBAH

TEORI BEKAM TOIBAH

SEBELUM BERBEKAM

Bagaimana keadaan salur darah dalam badan kita sebelum dibekam sebenarnya??

Al kisahnya, salur darah dalam badan kita sebenarnya penuh dengan darah merah yang mati atau darah yang kotor. Dalam bahasa sains, namanya Causative Phatological Subtance (CPS). Ianya mati bahkan kotor dan duduk pula di bawah permukaan kulit yang mana ianya tidak berfungsi lagi untuk membawa oksigen mahupun nutrien.

CPS dan semua yang berbahaya berkumpul di bawah permukaan kulit dengan cecair tisu dimana ianya secara berterusan bertukar dengan darah kapilari. Cecair tisu akan ditapis (filtration) pada penghujung kapilari arteri dan diserap (reabsorption) pada penghujung kapilari vena.

Jadi bagaimana nak dibuang CPS dan bahan-bahan yang boleh menganggu perjalanan darah dalam badan?

Salah satunya adalah dengan cara menyedut darah kotor yang mati tersebut keluar sebelum ianya berkumpul dan bertukar menjadi penyakit yang lebih kronik.

BEKAM ANGIN

Apakah dia bekam angin ni??

Ianya suatu sedutan yang diberi tekanan negatif yang dikenakan pada kulit. Tekanan negatif ini akan menyebabkan CPS dan darah kotor berkumpul di dalam kawasan cawan bekam.

Sedutan ini dibiarkan sehingga berlakunya hipoksia iaitu kurangnya oksigen di bawah permukaan kulit.

Sekaligus, proses ini membantu mengurangkan rasa sakit seperti dibius sahaja.

Proses ini juga mampu membuatkan saluran darah terbuka dengan lebih luas (vasolidation). Tujuannya adalah untuk memudahkan pengeluaran darah kotor yang mati dari badan. Hal ini sekaligus akan membuatkan aliran darah yang membawa oksigen dalam tubuh lebih lancar.

Sama juga seperti teori taibah, tekanan negatif yang dikenakan kepada permukaan kulit begitu mendatangkan kesan mendalam kepada pembuluh-pembuluh darah iaitu kapilari di bawah permukaan kulit sehingga berlaku peningkatan ketara pada tahap kebolehtembusan dinding-dinding pembuluh darah kapilari, dan juga membolehkan sel-sel darah

rosak dan agen-agen punca penyakit (CPS) melaluinya serta ianya akan berkumpul pada tisu-tisu di bawah kulit (dermis).

BEKAM DARAH

CPS atau darah kotor lagi mati ini akan keluar apabila berlakunya tusukan ringan melalui liang-liang tusukan. Pengeluaran darah ini akan membuatkan sistem tubuh dapat menghasilkan hormon endokrin melalui sistem pusat otak sehingga berlaku pembaikkan sel-sel dalam badan dan pembaikkan pada organ tubuh.

Serpihan-serpihan sel darah yang musnah, molekul-molekul dan partikel-partikel yang kecil daripada saiz pori-pori kapilari secara terpilih akan melalui pori-pori dinding kapilari di bawah kesan tekanan sedutan. Manakala sel-sel darah yang sempurna yang lebih besar daripada pori-pori kapilari pula tidak akan berjaya melepasinya.

Kapilari-kapilari yang disedut dalam kawasan cawan tersebut akhirnya berdarah apabila ditusuk jarum.

Ketika tusukan jarum atau sayatan pisau dikenakan pada kulit yang telah dikenakan tekanan negatif, ‘darah kotor’ pun keluar dan disedut semula ke dalam cawan bekam.

Teori toibah juga mengaitkan mekanisme pembersihan ini seperti organ ginjal yang menyingkirkan bahan-bahan kumuh seperti urea, amonia, asid urik, potasium, bahan-bahan kimia dan sebagainya.

Bagaimanapun bekam menurut teori ini mampu menolong ginjal menyingkirkan sel-sel darah rosak  dan agen-agen punca penyakit seperti lebihan gula, garam, lemak, potasium, kolesterol, asid urik, air, bakteria dan sebagainya.

Dengan keluarnya sejumlah bahan-bahan berbahaya itu, bekam amat diyakini boleh memacu kepada kelancaran aliran darah bersih yang kaya dengan oksigen, nutrien, antibodi dan zat-zat lain di dalam sistem sirkulasi sekaligus menyumbang kepada peningkatan sistem pertahanan badan dan membantu proses penyembuhan penyakit atau kecederaan.

Untuk makluman bahawa, kesan-kesan teraputik bekam darah tidak bergantung kepada kuantiti darah yang berjaya dikumpulkan di dalam cawan bekam, tetapi bahan-bahan kotor yang keluar melalui darah itulah yang penting dikeluarkan kerana jika ianya berkumpul lebih lama akan berlakunya pelbagai penyakit kronik yang menyakitkan lagi.

SELEPAS BERBEKAM

Selepas berlakunya tusukan, saluran darah akan lebih lancar setelah dikeluarkan segala darah yang kotor lagi mati daripada badan. Pembaikkan sel badan akan menjadi lebih mudah apabila aliran darah menjadi lebih lancar dan bersih.

Untuk sebarang tempahan slot bekam, anda boleh ke nombor wasap berikut:

Www.wasap.my/60182913408/konsultancyBekam

Ikhlas Dari Kami
BEKAM TAWAKAL

 

About Suhana

Check Also

TANDA TANDA BADAN BERTOKSIN

Adakah anda mengalami tanda -tanda ini? Jika YA ,insyaallah blh ikhtiar dengan bekam.. Jangan biarkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× KLIK UNTUK WASAP.