Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Artikel / NYERI DI DADA – MASUK ANGIN vs SERANGAN JANTUNG

NYERI DI DADA – MASUK ANGIN vs SERANGAN JANTUNG

Serangan jantung merupakan salah satu penyakit paling merbahaya. Ianya agak mirip dengan gejala masuk angin.

Dalam dunia kedoktoran moden, tiada istilah masuk angin, yang ada hanyalah keluar angin.

Menurut Doktor Siska Suridanda Danny, Sp.JP, FIHA, seorang pakar jantung RS Pusat Jantung Nasional Harapan Kita di Jakarta, sepintas lalu gejala “masuk angin” memang mirip dengan gejala serangan jantung kerana ia dihantarkan oleh saraf yang sama iaitu saraf nervus vagus.

Kemudian rangsangan tersebut diterima oleh otak sehingga menimbulkan rasa nyeri. Tetapi gejala serangan jantung lebih spesifik seperti rasa nyeri yang luar biasa di dada. Seolah-olah ada beban berat diletakkan di atas dada dan jantung berebar-debar. Namun rasa nyeri di dada ini tidak dapat dilokalisasikan secara tepat. Pesakit juga tidak dapat memastikan bahagian dada sebelah mana yang lebih nyeri.

Gejala serangan jantung tersebut sering disertai dengan rasa mual, kembung, nyeri di ulu hati, keringat dingin, sendawa, pening dan bahkan pengsan.

Ramai yang beranggapan bahawa ia adalah tanda masuk angin.

Kesimpulannya memang tidak mudah untuk membezakan serangan jantung dengan gejala masuk angin ni.

Apa yang patut dibuat? Ok inilah antara perkara yang perlu dibuat;

☑️ Amalkan gaya hidup yang sihat.

☑️ Kurangkan dan hindari makanan bergoreng & berminyak.

☑️ Hindari makanan segera (fast foods).

☑️ Senaman secara konsisten.

☑️ Bekam secara konsisten.

p/s: bekamsunnahonline

#sihatdengansunnah

About admin

Check Also

Ubah suai lampu di BEKAM TAWAKAL

Ubah suai lampu di BEKAM TAWAKAL. Lebih terang agar lebih ceria tenang dan mendamaikan. Kelas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KLIK UNTUK WASAP.