Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Urutan Yumeiho / Khidmat Urutan Yumeiho

Khidmat Urutan Yumeiho

Terapi Yumeiho adalah suatu kaedah rawatan unik yang menakjubkan untuk memperbetulkan posisi tulang struktur badan dan mengendurkan otot-otot secara radikal dalam membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Jenis terapi ini diperlihatkan sebagai terapi pergerakan fizikal seperti regangan, penarikan, tekanan fizikal dengan menjadikan tulang pinggul sebagai pusatnya supaya sendi-sendi dipulihkan dan mengimbangi kedudukan struktur badan. Apabila struktur tubuh badan dapat diseimbangkan, pesakit akan mempunyai kekuatan dalaman untuk melawan setiap penyakit.

Sebenarnya, tidak ramai yang mempunyai tulang pinggul yang sempurna. Namun ramai yang tidak menyedari hakikat tersebut. Posisi tulang pinggul yang tidak seimbang akan menyebabkan tulang belakang menekan saraf-saraf dan menyebabkan gangguan fungsi otot, sendi-sendi dan seluruh
organ-organ tubuh badan yang lain. Akhirnya menjadi penyebab utama rasa sakit pada kepala, belakang badan, pelbagai masalah disc/tulang belakang, pinggul, kaki, bahu dan masalah organ dalaman tubuh badan.

Dalam rawatan terapi yumeiho,tulang pinggul menjadi asas keseimbangan anatomi tubuh badan. Dengan itu, terapis dituntut membuat pemeriksaan tulang pinggul terlebih dahulu sebelum memulakan proses rawatan. Juga diakhiri rawatan dengan pemeriksaan semula pada tulang pinggul. Hasil
daripada terapi tersebut, pesakit akan mendapat pelbagai manfaat diantaranya ialah;

  • Memperbetulkan struktur tulang dan tubuh badan untuk lebih seimbang dan seterusnya gerakan badan akan berasa selesa.
  • Meningkatkan system kekebalan tubuh badan dan memperkuat organ-organ dalaman.
  • Memberikan kesegaran dan rasa kepenatan tubuh badan.
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyembuh dan Mencegah penyakit-penyakit kronik melalui penjanaan kemampuan tubuh badan untuk penyembuhan terhadap diri sendiri.
  • Memperbaiki fungsi organ-organ seks

Sejarah Yumeiho bermula sebelum perang dunia kedua (1945), apabila seorang pemuda Jepun berusia 16 tahun yang bernama Shuichi Ohno mengikuti seni bela diri Shaolin di negara China. Di sana beliau mempelajari terapi Relokada yang merupakan salah satu disiplin seni beladiri Shaolin. Disamping itu beliau juga mempelajari pelbagai terapi yang berasaskan pembetulan tulang pinggul dan kemudian terlintas difikirannya untuk menggabungkannya bersama dengan terapi Relokada.

Masayuki Saionji (gambar sebelah) sangat tertarik dengan kaedah penyembuhan yang dipraktikkan oleh Shuichi Ohno,
lalu berguru dengannya selama 20 tahun. Kemudian Masayuki Saionji menyusun kembali teknik dengan lebih
kemas dan bersistematik dengan menamakan terapi YUMEIHO selepas mendapat persetujuan Shuichi Ohno.
Masayuki Saionji merupakan pengasas yang menamakan terapinya dengan nama YUMEIHO berdasar pada terapi
Thionghoa “Zeng Ti Fa” yang bermaksud penyembuhan menyeluruh.

Kenapa dikatakan penyembuhan menyeluruh? Yumeiho bukan sekadar membantu proses penyembuhan sahaja,
malah bermula dari mengesan punca masalah penyakit hinggalah pesakit mampu disembuhkan. Terdapat banyak
testimoni pesakit yang asalnya sukar menunduk, mengangkat tangan, bangun, berdiri dan berjalan seolah-olah terdapat banyak anggota badan yang mengalami masalah.

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KLIK UNTUK WASAP.