Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Artikel / Buang darah kotor

Buang darah kotor

Kuala Lumpur: Memilih rawatan alternatif, ramai pakar perubatan moden kini mula mempraktikkan kaedah bekam klinikal di pusat perubatan masing-masing.

Untuk rekod, lebih 400 pakar perubatan moden sudah mengikuti kursus bekam klinikal di seluruh negara bagi memanfaatkan kebaikannya dalam merawat pelbagai penyakit kronik.

Pengasas Bekam Klinikal, Profesor Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail yang sebelum ini bertugas sebagai Pensyarah dan Pakar Diabetes Jabatan Perubatan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian berkata, hasil kajian dilakukannya bersama beberapa rakan membuka lembaran baru buat pengamal perubatan moden.

Menurutnya, penemuan saintifik yang dilakukan hasil kajian selama setahun pada 2012 membuka mata pengamal perubatan moden untuk turut mempraktikkan kaedah bekam dalam merawat pelbagai penyakit.

“Pada mulanya pakar perubatan moden sukar menerima kebaikan dan manfaat bekam kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik namun selepas ditunjukkan bukti (kajian), penerimaan mereka bertambah baik.

“Dalam rekod kita, lebih 400 doktor sudah mengikuti kursus anjuran kami selain turut mempraktikkannya di klinik masing-masing,” katanya ketika ditemui
di sini, semalam.

Dia yang berpengalaman 25 tahun dalam perubatan moden berkata, ubat-ubatan yang digunakan bagi merawat penyakit kronik tidak efektif menyembuhkan pesakit.

“Ubat-ubatan itu sebaliknya hanya berperanan menghilangkan simptom penyakit namun tidak mampu memulihkannya. Jadi, pesakit akan bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat yang akhirnya memberi kesan sampingan kepada mereka.

“Dengan menjalani bekam, pesakit darah tinggi, diabetes atau jantung dapat mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan hinggalah mereka pulih sepenuhnya selepas sesi rawatan dijalankan,” katanya.

Menurutnya, bekam klinikal adalah satu kaedah rawatan tradisional yang digabungkan dengan perubatan moden.

“Ia lebih bersih, selamat dan mengikut prosedur operasi standard seperti dipraktikkan dalam bilik bedah sesebuah hospital,” katanya.

Menurutnya, dia berharap dengan bukti kajian dilakukan, pihaknya mampu membuka mata pihak berkaitan untuk mewujudkan pusat bekam
di semua klinik dan hospital di seluruh negara.

“Saya percaya dengan adanya jurubekam terlatih yang ditempatkan di hospital dan klinik, kerajaan mampu menjimatkan kos ubat-ubatan,” katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/330704/buang-darah-kotor

About admin

Check Also

BILIK SEMINAR Untuk Disewa di Rawang

Dilengkapi :- ➡Kerusi & Meja untuk 30 org➡Whiteboard➡Aircond➡Plug Extension➡Ruang Solat ✅BERPATUTANDapatkan harga bilik seminar terbaik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× KLIK UNTUK WASAP.