Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Uncategorized / BLISTER? MANFAAT ATAU MUDARAT?

BLISTER? MANFAAT ATAU MUDARAT?

Blister atau lepuh antara kesan fizikal bekam yang paling tidak digemari oleh kebanyakan orang. Namun kadangkala ia tidak dapat dielakkan walaupun prosedur bekam dilakukan dengan penuh berhati-hati termasuk mengurangkan tahap tekanan negatif atau tempoh penyedutan itu diadakan. Kalau kedua²nya sudah dilakukan sebaiknya namun ada waktunya ia tetap juga terjadi kepada sebilangan kecil orang. Alasan lain adalah ia juga mungkin berpunca daripada kelemahan struktur lapisan kulit itu sendiri yang dipengaruhi oleh penyakit² tertentu seperti diabetes, penyakit kulit, pengambilan ubatan tertentu dsbnya atau faktor² lain yg belum terungkai.

Sebenarnya blister merupakan suatu mekanisme pertahanan tubuh di mana sejumlah cecair (plasma, serum, nanah ataupun darah) mengisi ruang antara lapisan kulit utk melindungi permukaan lapisan kulit agar tidak bergeser dan menyebabkan kecederaan tisu yang lebih lanjut.

Apakah blister yg ditakuti itu suatu mudharat kepada kulit? Apakah menjadi suatu kesalahan besar kpd jurubekam kerana gagal mengelakkan kesan seumpama itu kepada kulit??? Secara mikroskopik, sebaik blister berlaku, tubuh tidak berhenti bertindakbalas setakat itu sahaja melindungi lapisan² kulit drp kecederaan akibat geseran. Tindakbalas biokimia tetap berterusan di mana blister ini sebenarnya memberi sejumlah tekanan kepada tisu² yang terlibat selepas tekanan negatif yg menyebabkan hipoksia sementara berlalu. Tekanan ini menyebabkan mekanisme penyembuhan tisu seperti faktor pertumbuhan (VEGF) diaktifkan untuk menggalakkan pembentukan pembuluh² darah baru (angiogenesis) selain pengaktifan sel² fibroblast yang akan memproduksi lebih banyak kolagen dan elastin sebagai bahan terpenting dlm proses pembaikan tisu² yg rosak. Hasilnya kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan anjal. Namun begitu, tidaklah menjadi suatu keperluan untuk mengadakan blister ini pada setiap bahagian kulit yang dibekam. Ianya berlaku pun tanpa diduga atau dirancang.

Bekam tanpa blister pun sudah memadai untuk mengadakan kesan positif maksima kepada kulit. Isunya di sini adalah sama blister itu ada manfaat atau mudharat. Manfaat tetap ada kerana ia ternyata mengaktifkan mekanisme penyembuhan tisu, juga tetap berupaya meningkatkan tahap kesihatan kulit berikutan berlaku beberapa tindakbalas biokimia. Mudharat pula boleh berlaku jika blister itu dipecahkan atau dikeluarkan cecair²nya di mana akhirnya berlaku geseran menyakitkan atau melukakan antara permukaan lapisan kulit terlibat dan boleh menggalakkan jangkitan kuman jika kulit terdedah. Wallahualam.

sumber: Medik Sabri

About Suhana

Check Also

PAKEJ URUTAN VVIP MENTERI PASOLA

Pakej urutan VVIP Menteri PASOLA. Urutan yang mendamaikan. Gabungan 7 jenis urutan dalam 1. Dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× KLIK UNTUK WASAP.