Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Uncategorized / APA ITU BEKAM?

APA ITU BEKAM?

Secara mudahnya, berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.

Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.

Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar

About Suhana

Check Also

PROMOSI RIANG RIA DI AIDILFITRI

Eksklusif untuk pelanggan setia Bekam Tawakal Pakej Promo ini hanya RM89 sahaja.Terhad hanya 29 orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KLIK UNTUK WASAP.