Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Uncategorized / Tindakbalas Alahan Terhadap Madu

Tindakbalas Alahan Terhadap Madu

Reaksi alahan terhadap madu boleh berbeza-beza dari ringan hingga berpotensi pula  untuk mengancam nyawa. Ianya bergantung kepada keparahan alahan.

Antara tanda-tanda alahan pada madu:

  • Pernafasan yang agak payah
  • Batuk dan selalu berdehem
  • Mata gatal-gatal berair
  • Hidung berair.
  • Kulit seperti ekzeme
  • Gangguan gastrousus seperti muntah atau cirit-birit.
  • Bengkak muka dan bibir

Reaksi alergi seperti bengkak bibir, bengkak muka, dan tekak dikenali sebagai anafilaksis dalam perubatan sains dan ianya adalah merupakan kecemasan dalam perubatan.

Gangguan kepada gangguan pernafasan yang sederhana adalah biasa apabila seseorang mempunyai tindakbalas terhadap madu. Ini termasuk simptom alahan khas seperti gatal-gatal, mata berair, hidung berair, bersin, kesesakan hidung dan sakit kepala. Jangkitan boleh berlaku oleh sebab gejala ini, atau juga pesakit berasa berkabus pada mata. Sistem imun boleh menjadi lemah terutama apabila madu dikonsumsi walaupun secara teratur.

Reaksi boleh menyebabkan perubahan kulit dan juga boleh menyebabkan kegatalan bahkan akan berlaku perkembangan ruam samada setempat ataupun meluas ke seluruh badan. Ruam yang muncul pada badan itu akan membuatkan seseorang itu berasa gatal-gatal dan terbakar kulitnya. Ianya adalah tindakbalas yang biasa. Penggunaan madu yang berterusan oleh seseorang dengan alerginya terhadap madu boleh mengakibatkan kulit menghidapi ekzeme.

Sesetengah pesakit mungkin mengalami pelbagai gangguan gastrousus termasuk mual, muntah, cirit-birit, disebabkan alahan madu. Ketidakselesaan perut, dan kekejangan mungkin akan berlaku juga. Cirit-birit yang berlebihan dan muntah yang berterusan harus dilaporkan kepada seseorang yang professional dalam perubatan dan pesakit harus berhati-hati agar tidak mengalami dihidrasi. Pesakit perlu perbanyakkan minum air untuk mencegah dihidrasi.

Anafilaksis berlaku semasa tindakbalas alahan terhadap madu. Jika tidak membuat rawatan kecemasan dengan segera, kemungkinan besar dalam masa beberapa minit akan menyebabkan kematian.

Antara gejala lain anafilaksis, pernafasan semakin sukar, kadang-kadang menyebabkan pesakit kehilangan kesedaran. Jika disyaki menghidap anafilasis, perlu segera ke hospital.

About Suhana

Check Also

MESIN BEKAM KEPALA TANPA CUKUR

Ya! Itu dulu… tapi sekarang tak perlu cukur, boleh bekam macam biasa walaupun rambut anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *