Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Artikel / Soalan Lazim Berkaitan Bekam

Soalan Lazim Berkaitan Bekam

Berikut adalah Soalan Lazim Berkaitan Bekam. Moga dapat memberikan penjelasan diatas persoalan anda. Soalan lazim ini dikumpul dan dihimpunkan untuk memudahkan anda mendapat jawapan.

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda. Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian dara penyakit kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat, ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang, iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZER sebelum melakukan proses berbekam.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah?
Waktu mustajab ialah tanggal 17/19/21hb kalendar Islam.

4) Individu manakah yang tidak dianjurkan berbekam darah?
Individu yang tidak dianjurkan berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius, pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?
Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal/gangguan jin anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut bagi kesembuhan yang maksimum.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam?
Anda dianjurkan tidak makan makanan berat dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam dan kosongkan perut 2 jam sebelum berbekam.

10) Bolehkah berbekam pada hari RABU?
Boleh, jika pada hari tersebut jatuhnya tarikh mustajab berbekam (17/19/21 kalendar Islam) ataupun pada hari tersebut juga anda sedang sakit dan perlukan rawatan bekam dengan kadar segera. Tiada dalil/nas sahih larangan berbekam pada hari Rabu.

11) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia?

1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid, toksin, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Contohnya kita berbekam pada titik jantung, hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa

About admin

Check Also

SAUNA HERBA

KELEBIHAN BERSAUNA Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan. Baik untuk bertangas selepas bersalin, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *