Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Rawatan Resdong

Rawatan Resdong

Kami juga ada menawarkan khidmat ghurah @ ghorah @ gurah bagi mengubati penyakit resdong anda.Sedeikit penerangan ringkas berkenaan resdong.

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Ghurah adalah suatu pengubatan tradisional yang begitu praktik di amalkan pada masa dahulu. Ianya menggunakan campuran bahan-bahan organik, dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Tetapi ianya begitu kesan sekali. Dengan Kos yang murah, kami akan memberikan khidmat Ghurah kepada anda yang berminat.

Kelebihan Ghurah adalah dapat memanjangkan pernafasan bagi mereka yang terlibat didalam bidang seni suara samda penyanyi,artis mahupun muazin dan ada juga pesakit kami yang akan memasuki pertandingan Tilawah peringkat negeri turut mendapatkan khidmat Kami.

Kos Bagi setiap rawatan yang diterima adalah  RM 50, Dan Sebaik-baiknya rawatan ini dilakukan setiap sebulan sekali sehingga pulih dari penyakit resdung.

Dan Bagi menjalankan rawatan ini terdapat 2 cara iaitu kami datang ke tempat anda mahupun anda datang ke tempat kami.

Untuk mendapatkan khidmat ini, Silalah menghubungi no. hp berikut:-

Info Rawatan
Rawatan yang di tawarkan : GHURAHKos Rawatan : RM 50
Kos Pengangkutan
KL/ Selangor : RM50Luar KL atau  Selangor : RM 100

Tempat : Di rumah anda @ di tempat kami

Untuk Keterangan Lanjut sila hubungi : –

En Muhammad Ismail  : 012 914 7520

Puan Suhana  : 0182913408

No. Tel  Pejabat:  03-60870665