Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Artikel / Persediaan Sebelum dan Selepas Bekam

Persediaan Sebelum dan Selepas Bekam

Disini kami menyenaraikan persediaan sebelum dan selepas bekam. Ini penting bagi memberi maklumat kepada anda sebelum melakukan rawatan bekam. InsyaAllah apabila anda bersedia, rawatan bekam akan menjadi semakin mudah dan berkesan.

Apakah persiapan anda sebelum melakukan bekam?

1) Anda dikehendaki untuk makan berat 2 hingga 3 jam sebelum bekam. Misalnya, jika anda ingin berbekam pada pukul 12 tengahari, sila makan yang berat sebelum jam 10 atau 9 pagi. Jangan berbekam jika anda terlau lapar atau terlalu kenyang. Kami mahu mengelakkan anda daripada mabuk, muntah, lemah atau pitam.

2) Kami sangat tidak mengalakkan anda untuk berbekam disaat anda terasa terlalu lapar, lemah atau tidak sihat badan.

Bekam boleh dilakukan ketika berpuasa kerana ia tidak membatalkan. Namun, jika anda rasa tidak kuat badan, sebaiknya jangan berbekam dahulu.

3) Untuk wanita, sila bawa kain batik. Untuk, lelaki, tidak dihendaki untuk membawa apa-apa.

Apakah persiapan anda selepas melakukan bekam?

1) Ada diantara mereka akan merasa tegang pada kulit yang dibekam dan agak tidak selesa bagi mereka. Ketidakselesaan ini akan hilang dalam masa 1 hari.

2) Ada diantara mereka akan merasa lemah untuk beberapa hari. Ini kerana mereka tidak makan dengan betul dan tidak rehat dengan cukup.

3) Kebanyakan mereka anda mendapatkan tidur yang nyenyak namun, jika tidak, itu adalah efek pada diri masing-masing.

Apakah anda pasti mabuk setelah berbekam?

TIDAK. Yang menyebabkan mabuk itu jika anda sedang merasa terlalu takut atau dalam keadaan terlalu lapar, lemah ataupun tidak sehat badan seperti demam, sewaktu berbekam.

Jika sewaktu berbekam anda tidak merasa mabuk, bererti setelah habis berbekam juga anda tidak akan merasa mabuk.

About admin

Check Also

SAUNA HERBA

KELEBIHAN BERSAUNA Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan. Baik untuk bertangas selepas bersalin, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *