Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Artikel / Panduan Bekam Sunnah

Panduan Bekam Sunnah

Bekam darah adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak 1400 tahun yang lalu.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan.” (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami’ dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Berbekam telah terbukti dapat menghindarkan dan menyembuhkan penyakit sepertimana yang disebut didalam hadis Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah: “jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya” (Diriwayatkan oleh Malik)

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran” (Riwayat Imam Ahmad)

Bekam adalah sunnah Rasulullah. Sekiranya kita mengamalkannya kita mendapat pahala dan keberkatan.

Rawatan Bekam Di Rumah

“Tahukah anda?? Anda boleh lakukan sendiri rawatan bekam di rumah cara mudah, bersih dan selamat hanya melalui ebook dan video”

Sekiranya anda sebagai seorang:

Suami

Andalah paling layak membekam isteri dan anak-anak anda. Mungkin isteri anda agak segan dan malu untuk berbekam di pusat rawatan bekam. Perawat bekam wanita juga agak kurang berbanding pembekam lelaki.

Isteri

Anda boleh membekam suami dan anak-anak anda. Tambahan pula anak perempuan kerana mereka lebih selesa berbekam dengan emak berbanding dengan ayah.

Anak

Anda boleh bekamkan ayah dan emak anda. Mungkin mereka menghidapi penyakit dan perlu berbekam sebulan sekali maka anda sebagai anak yang soleh boleh membantu orang tua anda dengan bekamkan mereka berulang kali tanpa bersusah-payah membawa ke pusat perubatan bekam.

Sahabat

Sekiranya kawan anda ditimpa musibah atau penyakit yang mana rawatan bekam adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan atau menyembuhkan sakitnya maka anda boleh menolong kawan anda tersebut dengan menawarkan khidmat bekam kepadanya.

Aspek Kebersihan

Sekiranya anda risaukan aspek kebersihan kerana ia melibatkan penggunaan jarum dan darah, maka panduan ini sangat sesuai kerana anda hanya menggunakan peralatan dikalangan keluarga anda sahaja.

About admin

Check Also

SAUNA HERBA

KELEBIHAN BERSAUNA Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan. Baik untuk bertangas selepas bersalin, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *