Artikel Terkini
Download http://bigtheme.net/joomla Free Templates Joomla! 3
Home / Artikel / Hadis Berkaitan Bekam

Hadis Berkaitan Bekam

Mari kita selusuri hadis berkaitan bekam yang merupakan sunnah Rasulullah. Rasulullah sentiasa menyarankan rawatan bekam sebagai kaedah utama didalam ikhtiar menjadi sihat. Antara hadis berkaitan bekam adalah:-

Sabda Rasulullah SAW…

“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)

“Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay” (Hadis sahih)

“Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis sahih)

“Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan,kecuali mereka berkata,”Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!”(Shajihu Al-Jami’ 5671)

“Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya” (Hadis sahih)

“Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darah kotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis Hasan Gharib)

“Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam” (HR Ibnu Jarir)

About admin

Check Also

SAUNA HERBA

KELEBIHAN BERSAUNA Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan. Baik untuk bertangas selepas bersalin, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *